RESULTS

Philippines scoop top prize in KaSUGI Team Chess Championship, 2012`s largest team event in Malaysia!

KUALA LUMPUR, 17 July — Apocalypse-Manila Chess Team, from the Philippines, was crowned as the winner for the Open Championship category, winning an RM8,000 cash prize and challenge trophy. The Junior Championship category was won by Undefined FC from Malaysia who were crowned the U-17 champion and The Young Minds who were crowned champion for the U-12.

The two-day event featured two categories of Championship – the KaSUGI Open Championship and KaSUGI Junior Championship both of which attracted 388 participants from Malaysia, Brunei, Philippines, Fiji, Indonesia and Korea.

The Championship was participated by 97 teams, consisting of 58 teams for the Open Championship category and 39 teams for the Junior Championship category.

“I would like to congratulate the organizing team, sponsors as well as the players that have worked tirelessly with the full dedication and sincerity in making the event a success, said Ibrahim Abu Bakar, Malaysian Chess Federation Advisor (MCF).

“In addition to the passion for chess, the cash prizes offered had also intrigued the players to participate in this championship and hopefully it has set a new benchmark to the chess community as well as the players, in building greater excitement for the chess fraternity,” added Ibrahim.

The “KaSUGI Team Chess Championship 2012” represents the first-ever biggest chess team competition in Malaysia as it offered RM41,500 in cash prizes and trophies.

Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli Ngah Talib, the President of MCF was also present during the event.

For more information of the event, please visit the official website of the KaSUGI Team Chess Championship 2012 at https://kasugichess.wordpress.com.

_________   NEWS RELEASE prepared and issued on behalf of KaSUGI Prima Sdn Bhd by public relations consulting firm GRA Communications Sdn Bhd.

_____________________________________________________________________________________

OPEN CATEGORY

Final Ranking after 8 Rounds

Team-Composition with round-results          Team-Composition without round-results

The best players according Points          according percent 

JUNIOR CATEGORY

Final Ranking after 8 Rounds

Team-Composition with round-results          Team-Composition without round-results

The best players according Points          according percent

[Click to see Results]

_____________________________________________________________________________________

Kejohanan Catur Berpasukan KaSUGI 2012 yang pertama kali diadakan telah berakhir pada hari Ahad, 15 Julai 2012 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Selama dua hari, Cititel Express Kuala Lumpur menjadi lokasi kejohanan untuk 2 kategori utama iaitu Kejohanan Terbuka KaSUGI dan Kejohanan Remaja KaSUGI yang telah menarik seramai 388 peserta dari negara seperti Malaysia, Filipina, Brunei, Fiji, Indonesia dan Korea. Sejumlah 97 pasukan telah bertanding, membabitkan 58 pasukan dalam kategori Terbuka dan 39 pasukan dalam kategori Remaja bertanding untuk merebut jumlah hadiah berpasukan terbesar di Malaysia iaitu RM 41,500.00!

Kejohanan berpasukan yang bersejarah bagi Kasugi Prima dan berformat 8 pusingan dengan kawalan masa 45 minit seorang,  telah berjaya mengumpulkan 11 pemain yang mempunyai gelaran daripada Persekutuan Catur Dunia (FIDE) iaitu 4 International Master, 4 FIDE Master dan masing-masing seorang untuk Candidate Master, Women FIDE Master dan Women Candidate Master. Selain itu, pihak penganjur berjaya mengumpulkan 10 pemain tempatan yang mempunyai gelaran daripada Persekutuan Catur Malaysia (MCF) iaitu 9 National Master dan seorang National Women Master!

Gambar 1: Sebahagian peserta daripada sejumlah 388 pemain yang mewakili sejumlah 97 pasukan bertanding di Kejohanan Catur Berpasukan KaSUGI 2012

Apocalypse-Manila Chess Team dari Filipina menjadi juara terunggul apabila memenangi kategori utama Kejohanan Terbuka KaSUGI dan membawa hadiah kemenangan berjumlah RM 8,000.00 bersama Piala Pusingan. Pasukan STMIK-STIE Mikroskil (Brunei-Indonesia) menjadi naib johan manakala Pasukan Bicol Express (Filipina-Malaysia) di tempat ketiga dengan hadiah kemenangan masing-masing berjumlah RM 6000.00 dan RM 4,000.00.

Gambar 2: Juara Kejohanan Terbuka KaSUGI 2012, Apocalypse-Manila Chess Team daripada Filipina dengan Piala Pusingan dan Hadiah Kemenangan mengambil peluang bergambar dengan Pn Adzlin Azhar

Pasukan Tesla Chess, Penang A, Universiti Tunku Abdul Rahman, KaSUGI B, KL Angels, Mawar Rental Medical Centre A dan Melaka Knights telah berjaya meraih hadiah terbaik bagi kategori masing-masing iaitu Terbaik Malaysia, Terbaik Negeri, Terbaik IPT, Terbaik Syarikat Swasta, Terbaik Wanita, Terbaik Amatur dan Terbaik Kerajaan. Senarai penuh pemenang boleh didapati seperti Jadual atau dilayari di laman sesawang rasmi kejohanan di sini

Jadual 1: Senarai Pemenang Rasmi Kejohanan Terbuka KaSUGI 2012 mengikut kategori hadiah masing-masing.

Bagi Kejohanan Remaja KaSUGI, Pasukan Undefined FC dari Malaysia telah menjadi juara Bawah 17 Tahun, diikuti oleh Pasukan Penang Junior A dan Pasukan Chung Ling High School A. Pasukan The Young Minds, SM Sains Kuala Selangor dan SK Bukit Jelutong berjaya meraih hadiah terbaik bagi kategori masing-masing iaitu Terbaik Bawah 12 Tahun, Terbaik Sekolah Menengah dan Terbaik Sekolah Rendah.

Jadual 2: Senarai Pemenang Rasmi Kejohanan Remaja KaSUGI 2012 mengikut kategori hadiah masing-masing.

“Kita mesti berterima kasih kepada pihak penaja dan penganjur”, kata Penasihat Persekutuan Catur Malaysia (MCF), En Ibrahim Abu Bakar dalam ucapan penutupnya. Ia adalah peristiwa yang besar, mungkin kejohanan catur berpasukan terbaik dari faktor hadiah yang ditawarkan pada kali pertama, yang pernah diadakan di Malaysia. Pendapat beliau telah diterima dengan positif oleh kebanyakan para peserta dan tetamu pertandingan.

Gambar 3: Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah dihadiri oleh 3 tetamu kehormat iaitu Pn Adzlin Azhar selaku wakil penaja dan sekretariat penganjuran mewakili En Mohd Zuhri Abdullah (Pengerusi Penganjuran),  Penasihat MCF En Ibrahim Abu Bakar (tengah) dan Naib Presiden MCF En Lee Ewe Ghee.

Hadiah kemenangan, piala pusingan dan medal telah disampaikan oleh ketiga-tiga tetamu kehormat kepada para pemenang. Presiden MCF Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli Ngah Talib turut meluangkan masa melawat kejohanan semasa pusingan terakhir dijalankan sebelum upacara penutup berlangsung. Pengerusi Penganjuran, En Mohd Zuhri Abdullah yang juga Pengerusi Eksekutif Kasugi Prima Sdn Bhd, tidak dapat hadir sepanjang kejohanan kerana berada di London di atas urusan yang berkaitan dengan Sukan Olimpik London 2012.

Penganjuran kejohanan telah dilaksanakan oleh sekretariat penganjuran bagi pihak penaja utama Kasugi Prima Sdn Bhd dan telah diuruskan oleh pengurus acara yang dilantik, Cerdik Catur Enterprise. IA Abdul Hamid Majid diberi penghormatan untuk menjadi ketua arbiter untuk Kejohanan Catur Berpasukan KaSUGI edisi yang pertama.

__________ Ringkasan disediakan oleh Abdul Haq Mohamed.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s